PANDUAN

Pendidikan untuk Semua

Konsep Sophia

Sophia berkonsepkan kepraktisan dan kemampuan khalayak ramai dan tidak menyarankan kelas dalam talian secara berjemaah; disebaliknya mengajak guru-guru untuk menyajikan video Pendidikan kepada murid-murid dan kemudian bertukar pendapat mengenainya melalui sebuah ruang sembang.

Sophia adalah praktikal kerana murid-murid diajak menonton video yang disarankan oleh guru kelas, apabila mereka mempunyai akses kepada peranti dan internet. Jika mereka berkongsi peranti di rumah, maka murid akan menunggu giliran untuk menonton video Pendidikan ini dan memberi pandangan dalam forum kelas.

Sophia adalah ringkas dan tidak rumit, namun ia berpotensi untuk memberi Pendidikan kepada murid-murid di rumah melalui pilihan  video Pendidikan dengan cara meringkaskan kerja guru-guru dan murid-murid.

 

Langkah 1 : Daftar akaun Sophia

 1.     Daftar Akaun

Isikan maklumat anda dan klik butang “Daftar”.

 

 2.     Sahkan e-mel

Sahkan pendaftaran akaun anda di dalam e-mel. Seterusnya, klik butang “Verify Email Address”

 

 

 

3. Lengkapkan dan simpan maklumat

Isikan butiran anda seperti di bawah. Kemudian, klik butang “Save” selepas mengisi maklumat anda.

 

 

 

Langkah 2: Menubuhkan Kelas

1.     Tubuhkan Kelas

Untuk menubuhkan kelas,klik butang “hasilkan Kelas”. Isi butiran kelas anda dan klik butang “Submit”.

 

 

 

 2.     Menambah murid menyertai kelas

Untuk menambah murid di dalam kelas, tambahkan e-mel murid dan klik butang “Jemput”.

 

 

Jika murid sudah mempunyai akaun, ia akan terpapar di dalam Ahli.

Klik pada butang “Mula Berbincang” untuk mula berbincang mengenai sesuatu topik.

 

 

 

Langkah 3: Memulakan Perbincangan

1.     Mulakan topik perbincangan

Untuk mula Berbincang mengenai sesuatu topik, cari sumber rujukan anda.

 

 

Isi topik yang ingin dibincangkan di ruangan Subjek dan tugasan murid di ruangan yang diberikan dan klik butang “Submit

Perbincangan anda akan dipaparkan seperti di bawah: